Kerabu Daging Dengan Kerisik Mudah Dan Sedap
Harini akak nak kongsi resepi kerabu daging..yang special nya kerabu ni resepi campuran siam dan jawa..hasil dari chef hasben akak..
Mudah dan cepat yang penting rasa dia perghh sedappp sangat..setakat nak jamu mak mertua makan takde hal lah..
First sekali apa yang paling penting..Rebus dulu daging tu sampai empuk dan lembut..
Bahan-bahan yang diperlukan;
Bawang merah*
Cili api*
Serai*
Tomato*
Daun sup*
Daun bawang*
Kerisik
Limau nipis
Sos ikan
Sos tiram
Garam
Gula
Cara-caranya;
1) Bahan yang bertanda (*) dihiris halus.
2) Daging yang siap rebus tadi dihiris nipis.
3) Ambik mangkuk besar satukan bahan-bahan hiris tadi dengan daging.
4) Perah limau nipis..akak guna 2 biji..korang agak-agak la ye tak cukup boleh tambah.
5) Masukkan sos ikan 1 sudu makan dan sos tiram pun 1 sudu makan jugak..ni pun korang agak2 je ikut tekak masing-masing.
6) Masukkan gula dan garam..yang ni pun harus agak-agak je yang penting rasa dulu..sos ikan tu dah masin.
7) Gaul semua sebati..lepastu rasa..gaul lagi sampai korang rasa dah sedap.
Siappp..senang je kan sedap makan dengan nasik panas lepastu goreng je telur dadar..
Resepi ni mudah ringkas je..nak lagi mudah daging tu rebus je siap-siap simpan dalam peti ais nanti teringat nak makan hiris je bahan2 tadi gaul semua lepastu makan lah..
Comments
Post a Comment